Tuesday, January 25, 2011

Tiap-tiap bani Adam itu membuat kesalahan,tetapi sebaik-baiknya orang yang berbuat kesalahan ialah orang yang banyak bertaubat..
                                        -Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah

Wednesday, December 22, 2010

DOA KETETAPAN HATI

Petikan dari kitab suci AL-QURAN;surah Al-Imran ayat 8, yang berbunyi ;
" Ya ALLAH,Ya Tuhanku. Janganlah ENGKAU memesongkan hati kami setelah ENGKAU memberi petunjuk kepada kami. Dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-MU. Sesungguhnya ENGKAUlah Tuhan yang sangat banyak pemberian-NYA "

MAKSUD TAWAKAL

Tawakal adalah suatu kesedaran bahawa seluruh makhluk tidak mendatangkan sebarang mudarat atau manfaat,tidak memberi atau mengambil sesuatu & tidak menggantungkan harapan kepada makhluk..
ALLAH membicarakan soal tawakal dalam AL-QURAN ; surah Ali Imran ayat 160,
firman-Nya, " Apabila ALLAH menolong kamu,tidak adalah orang lain yang dapat mengalahkan kamu. Apabila ALLAH membiarkan kamu,siapakah gerangan yang dapat menolong kamu? Selain daripada ALLAH sesudah itu? Kerana itu,hendaklah kepada ALLAH saja orang mukmin bertawakal "