Wednesday, December 22, 2010

MAKSUD TAWAKAL

Tawakal adalah suatu kesedaran bahawa seluruh makhluk tidak mendatangkan sebarang mudarat atau manfaat,tidak memberi atau mengambil sesuatu & tidak menggantungkan harapan kepada makhluk..
ALLAH membicarakan soal tawakal dalam AL-QURAN ; surah Ali Imran ayat 160,
firman-Nya, " Apabila ALLAH menolong kamu,tidak adalah orang lain yang dapat mengalahkan kamu. Apabila ALLAH membiarkan kamu,siapakah gerangan yang dapat menolong kamu? Selain daripada ALLAH sesudah itu? Kerana itu,hendaklah kepada ALLAH saja orang mukmin bertawakal "